Tuesday, March 2, 2010

WAJAH WAJAH ORANG ORANG MELAYU YANG TELAH BERJAYA





























Kenali MELAYU


Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. [9] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.[10]

Etimologi
Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.
Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.[11] Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.[11]
Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.
Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.
Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.[11]
[sunting] Masalah dalam penakrifan orang Melayu
Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari negeri Thai dan Filipina. Tetapi, di Indonesia moden, orang Melayu ditakrifkan hanya sebagai salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia yang dilahirkan selepas kewujudan negara Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:
• Penakrifan undang-undang
• Penakrifan antropologi
Penakrifan undang-undang
Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [12]:
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu. Penakfifan ini tidak sesuai untuk takrifan kaum Cina yang berbeza pertuturannya sebaliknya berkongsi tulisan dan adab resam yang sama dikalangan suku kaum-suku kaum yang berlainan.
Penakrifan antropologi
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. [13] Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.[14]
Suku-suku Melayu di Malaysia
• Serawai
Suku-suku Melayu di Indonesia
• Bukit (Sumatera Utara)
• Deli (Riau)
• Anak Dalam (Riau)
• Melayu Jambi
• Melayu Palembang
• Melayu Bengkulu
Asal usul bangsa Melayu
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
• Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)
• Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia,[15] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal dari Yunan.
Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.
[sunting] Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
[elayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".
3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.
Kekeluargaan orang Melayu
Rencana utama: Adat berserumah tangga Melayu
Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam perkahwinan Melayu yang boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal, monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga mempunyai beberapa variasi. Dalam sistem ini, keluarga boleh bercerai dan bergabung sekiranya berlaku perceraian ibu bapa dan perkahwinan semula. Malah bukan semua keluarga akan mengalami perkembangan kepada keluarga luas yakni sebuah keluarga (yang mendiami sebuah rumah) mempunyai golongan 3 generasi. Kelahiran cucu mungkin membawa kepada perkembangan ini tetapi juga mungkin membawa kepada perpecahan keluarga dengan perginya ibu bapa yang baru demi mencari ruangan yang baru di luar rumah untuk keluarganya yang mengalami penambahan ahli. Di samping itu, faktor yang menyebabkan seorang anak mewarisi rumah ibu-bapa mereka juga tidak menentu dan ia mungkin disebabkan oleh desakan ekonomi dan alasan-alasan yang lain.
Perkahwinan orang Melayu
Rencana utama: Adat resam kahwin Melayu
Orang Melayu amat beradat. Perkahwinan mereka secara umumnya terbahagi kepada lima peringkat istiadat: merisik, melamar, bertunang, bernikah dan bersanding.
Melayu kacukan
Oleh kerana Nusantara Melayu adalah tempat perdagangan dan pernah dijajah oleh kuasa Eropah, banyak orang Melayu berkahwin campur dengan bangsa asing dan anak mereka dikenali sebagai Melayu Kacukan. Sesetengah mereka ada mempunyai kemiripan orang Melayu dan yang lain tidak ternyata dan susah hendak dikatakan. Di antara masyarakat Melayu Kacukan yang terkenal adalah Melayu Eropah, Melayu India dan Melayu Arab.


Bumi Di Punghujung Nyawa ???



BEIJING: Gempa kuat berukuran 6.8 mangnitud menggegarkan tiga negara - China, Russia dan sempadan Korea Utara, awal hari ini. Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa jam 9.15 pagi waktu tempatan itu menggegarkan banyak bangunan pejabat di Beijing dalam tempoh melebihi satu minit. USGS berkata, gempa berpusat di pesisir pantai Russian dan Jepan di 98 kilometer (km) di barat Vladivostok, Russia dan 110km di timur bandar Yanji di utara Wilayah Jilin di China. Seorang pegawai bencana/gempa di Wilayah Jilin berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat terkini mengenai kejadian itu, termasuk mangsa dan kerosakan yang berlaku. - AP Subject: Sila Baca Tarikh Disini Dan Fikirkanlah Kerana Dunia Di Penghujung Nyawa (27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat" (18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat" (25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat" (1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat" (26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat" (2-4-2010) Good friday "hari Jumaat" (28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat" (10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat" (27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat" (5-11-2010) Depavali "hari Jumaat" Adakah KIAMAT sudah hampir???? Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!! Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni.. 22 Tanda Kiamat Semakin Hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ). 2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem. 3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya. 4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. 6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban. 7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya. 8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi. 9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi. 10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain. 11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan). 12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan. 13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi. 14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga. 15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam
sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya, 16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta. 17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya. 18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama. 19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah. 20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya. 21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik). 22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah. Dunia Di Penghujung Nyawa 1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ' - Sahih Bukhari ~ dah jadi dah... 2) Zina bermaharajalela. 'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim ~ dah nampak dah... 3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik... 4) Menghias masjid & membanggakannya. 'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.. ~ memang dah nampak dah... 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim. ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...... 6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad ~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal... 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang ***** & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani ~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada.... 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya
saja.'- Riwayat Ahmad ~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa... 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'. ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)... 10) Bulan sabit kelihatan besar. 'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani ~ tak caya gi tengok.... 11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie...... 12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad ~ tengok kes peperangan Iraq ... 13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim ~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir... TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN! Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:
'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...' PENGERTIAN MAKSUD IMAN - DARI SEGI BAHASA : Yakin Dan Percaya - DARI SEGI ISTILAH : Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan BERAMAL DENGAN ANGGOTA "Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."
















Thursday, February 11, 2010

Sejarah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

Abu Bakar as-Siddiq (bahasa Arab: أبو بكر الصديق‎ Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.
Kehidupan awal
Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
Menjadi khalifah pertama
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.
Peperangan Islam-Riddah
Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.
Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.
Ekspedisi ke Utara
Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Syaidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.
Pengumpulan al-Quran
Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran. Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah.
Kewafatan Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.
Sumbangan Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam

Wednesday, February 10, 2010


Assalamualaikum...
Siapa yang tidak mengenal parti PAS.. dan siapa pula yang tidak mengenal parti UMNO... matlamat perjuangan kedua dua parti yang paling terbesar di Malaysia ini hampir serupa, tetapi kenapa mereka tidak mahu bergabung demi perpaduan orang ISLAM dan bangsa MELAYU...
Apa yang saya dapat menilai disini ialah, kedua dua parti ini terdiri daripada orang ISLAM berbangsa MELAYU, namun masing masing mempunyai agenda tersendiri, pemikiran dan pentadbiran yang tidak serupa dan pemahaman tentang agama tidak dapat bersama dalam sesuatu isu.
Wahai orang orang ISLAM berbangsa MELAYU dan berwarganegara MALAYSIA, cuba kita renungkan tentang sejarah negara kita. Malaysia pernah dijajah oleh orang British, Jepun dan Siam (kedah, perlis & kelantan). Kenapa dan mengapa mereka boleh menjajah negara kita pada waktu dahulu?. Adakah orang Melayu ketika itu tidak berpelajaran? atau tidak mempunyai semangat setia kawan? cuba kita renung seketika, nenek moyang kita sebenarnya merekalah yang benar benar menghayati semangat cintakan bangsa. Mereka berkerja kuat demi menjaga maruah keluarga, pada masa yang sama, mereka jugalah yang sanggup berkorban apa sahaja, walaupun nyawa demi mempertahankan negara. Begitu bijak mereka menguruskan masa. Ramai diantara mereka tidak berpelajaran tinggi, tetapi mereka tetap bijak mengatur langkah kehidupan sehingga kesannya dapat kita nikmati sekarang.
Oleh yang demikian, siapakah yang lebih bijak, mereka ataupun kita ? mereka tidak mempunyai sijil (diploma@ijazah) namun mereka masih dapat merealisasikan hasrat negara dengan bersatu mempertahankan negara. Mereka tidak mempunyai sijil tetapi mereka masih dapat mengawal tanah tanah milik mereka sehingga ke saat ini, mereka tidak mengenal erti letih mahupun pentingkan diri, tetapi apa yang mereka utamakan ialah, Cintakan agama, bangsa dan negara.
Berbanding dengan manusia zaman sekarang, ramai dikalangan kita yang mempunyai sijil akedemik. (sekurang-kurangnya DIPLOMA) tetapi adakah kita sedar bahawa, pernah kah kita luangkan masa bersama kawan kawan berbincang tentang soal penyatuan orang orang melayu? Pernahkah kita membantu orang orang melayu yang dalam kesusuahan? pernah kah kita terpanggil untuk meningkatkan tahap ekonomi orang melayu secara menyeluruh? pernah kah kita menghormati pemimpin pemimpin negara secara ikhlas atau hanya sekadar "lepas batuk di tangga"
Wahai saudaraku, renungkan lah seketika, hari demi hari, dunia semakin berusia, umur kita semakin tua, panggilan kubur hampir tiba, malaikat maut mengikut kita, dan ingatlah adakah kita sudah bersedia untuk menjawab soalan soalan mungkar dan nangkir ?
Jawapannya hanya kita sahaja yang tahu.....

PERSATUAN ANAK ANAK MELAYU PADANG SERAI

Assalamualaikum,

Bersyukur kita kehadrat ALLAH S.w.t kerana dengan limpah rahmat darinya dapat kita (PERSATUANN ANAK ANAK MELAYU PADANG SERAI) berkumpul dan merapatkan saf anak anak melayu disekitar kawasan Padang Serai tanpa mengira perbezaan idelisma politik mahupun taraf hidup.

Matlamat asal penubuhan persatuan ini, hanyalah untuk menyatupadukan seluruh umat ISLAM khususnya di Kawasan Padang Serai dan amnya di seluruh Malaysia dan dunia. Ini kerana, semakin pantasnya dunia bergerak, semakin teruk dan lemah hubungan persaudaraan orang orang melayu (ISLAM) di Malaysia akibat dari perbezaan politik, yang hanya akan merugikan orang Melayu itu sendiri.

Pada masa yang sama, pegangan utama umat ISLAM iaitu, AL-QURAN dan AS-SUNNAH wajib dipatuhi dan dihormati demi memperagungkan agama ISLAM itu sendiri.

Kalimah ALLAH & kekasihnya Nabi Muhammad S.A.W akan sentiasa terpahat di hati setiap ahli PERSATUAN ANAK ANAK MELAYU PADANG SERAI kerana ia merupakan panji panji yang akan mewarnai akidah, akhlak, iman dan displin umat ISLAM.

Menghormati kepimpinan negara, adalah antara asas perjuangan persatuan ini.

Akhir sekali, saya mewakili PERSATUAN ANAK ANAK MELAYU PADANG SERAI, mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang melayari blog ini dan memberi komen tentang tajuk tajuk yang akan dihuraikan kelak.