Assalamualaikum...
Siapa yang tidak mengenal parti PAS.. dan siapa pula yang tidak mengenal parti UMNO... matlamat perjuangan kedua dua parti yang paling terbesar di Malaysia ini hampir serupa, tetapi kenapa mereka tidak mahu bergabung demi perpaduan orang ISLAM dan bangsa MELAYU...
Apa yang saya dapat menilai disini ialah, kedua dua parti ini terdiri daripada orang ISLAM berbangsa MELAYU, namun masing masing mempunyai agenda tersendiri, pemikiran dan pentadbiran yang tidak serupa dan pemahaman tentang agama tidak dapat bersama dalam sesuatu isu.
Wahai orang orang ISLAM berbangsa MELAYU dan berwarganegara MALAYSIA, cuba kita renungkan tentang sejarah negara kita. Malaysia pernah dijajah oleh orang British, Jepun dan Siam (kedah, perlis & kelantan). Kenapa dan mengapa mereka boleh menjajah negara kita pada waktu dahulu?. Adakah orang Melayu ketika itu tidak berpelajaran? atau tidak mempunyai semangat setia kawan? cuba kita renung seketika, nenek moyang kita sebenarnya merekalah yang benar benar menghayati semangat cintakan bangsa. Mereka berkerja kuat demi menjaga maruah keluarga, pada masa yang sama, mereka jugalah yang sanggup berkorban apa sahaja, walaupun nyawa demi mempertahankan negara. Begitu bijak mereka menguruskan masa. Ramai diantara mereka tidak berpelajaran tinggi, tetapi mereka tetap bijak mengatur langkah kehidupan sehingga kesannya dapat kita nikmati sekarang.
Oleh yang demikian, siapakah yang lebih bijak, mereka ataupun kita ? mereka tidak mempunyai sijil (diploma@ijazah) namun mereka masih dapat merealisasikan hasrat negara dengan bersatu mempertahankan negara. Mereka tidak mempunyai sijil tetapi mereka masih dapat mengawal tanah tanah milik mereka sehingga ke saat ini, mereka tidak mengenal erti letih mahupun pentingkan diri, tetapi apa yang mereka utamakan ialah, Cintakan agama, bangsa dan negara.
Berbanding dengan manusia zaman sekarang, ramai dikalangan kita yang mempunyai sijil akedemik. (sekurang-kurangnya DIPLOMA) tetapi adakah kita sedar bahawa, pernah kah kita luangkan masa bersama kawan kawan berbincang tentang soal penyatuan orang orang melayu? Pernahkah kita membantu orang orang melayu yang dalam kesusuahan? pernah kah kita terpanggil untuk meningkatkan tahap ekonomi orang melayu secara menyeluruh? pernah kah kita menghormati pemimpin pemimpin negara secara ikhlas atau hanya sekadar "lepas batuk di tangga"
Wahai saudaraku, renungkan lah seketika, hari demi hari, dunia semakin berusia, umur kita semakin tua, panggilan kubur hampir tiba, malaikat maut mengikut kita, dan ingatlah adakah kita sudah bersedia untuk menjawab soalan soalan mungkar dan nangkir ?
Jawapannya hanya kita sahaja yang tahu.....
Saudara PAMPS,
ReplyDeleteTerima kasih kerana diberi peluang untuk memberi respons di dalam ruang yang ada.
Saya sebenarnya cukup berminat dengan subjek yang dipaparkan.
Kalau ditanya mengapa perlu ada UMNO dan PAS, walhal pelakon-pelakon kedua-dua badan ini terdiri dari kelompok yang mungkin juga dari titisan yang sama.
Seperti yang saudara sedia maklum, pada awal dan asalnya UMNO lahir untuk menjaga kepentingan Melayu Islam serta menghalau penjajah.
PAS wujud selepas itu.
Saya amat setuju dengan saudara, sepatutnya tiada rintangan yang boleh menghalang dari Melayu Islam bersatu.
Malangnya, dari apa yang sedang berlaku kita sesama kita yang paling "celaru"
Kita sanggup bersama dengan "musuh" untuk "memusnahkan" bangsa.
Mungkin saudara boleh menghurai dan sekaligus "mengubati" penyakit bangsa kita.